Kelas Membuat Video Kemerdekaan

31 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Ogos 2020 pada hari ahad, dari jam 9.30 pagi sehingga 10.00 pagi untuk sesi pertama dan untuk sesi kedua bermula 10.30 pagi hingga 11.00 pagi yang telah diadakan Kelas Membuat Video Kemerdekaan bertempat di bilik latihan Pusat Internet (PI) Niah Suai. Kelas ini dihadiri oleh 5 orang peserta. Pesertanya terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang belum dan telah menyertai kelas pengeditan video sebelum ini.

Peserta didedahkan akan bagaimana hendak membuat suntingan teks pada video, memasukan audio di dalam video dan membuat transisi pada video agar kelihatan lebih menarik.

Disamping itu juga, peserta dikenalkan dengan portal sebenarnya.my bagi mengetahui berita-berita palsu yang mungkin tular di media sosial dan bahayanya menyebarkan berita palsu di laman sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali